XPDC '14 Menyingkap Sejarah al-Fayoum
KAHERAH, 26 Ogos 2014- Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan Ekspedisi Jejak Fayoum 2014 (XPDC ‘14) pada 21 Ogos yang lalu bagi siswa dan 23 Ogos yang lalu bagi siswi. Dengan bertemakan “Alam Ditelusuri, Erat Silaturrahim”, XPDC ‘14 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 15 orang peserta siswa dan 35 orang peserta siswi. Bersesuaian dengan temanya, XPDC ‘14 diadakan bagi mencapai dua objektif utama. Objektif pertama ialah meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaan-Nya. Manakala objektif yang kedua ialah mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. Kedua-dua objektif ini diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang XPDC ‘14. Para peserta XPDC ‘14 dibawa untuk melihat tempat-tempat bersejarah di kota ibrah Fayoum. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Wa...