SELAMAT KEMBALI KE KULIAH Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi, dimohon limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati, diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan limpah kurniaanNya, kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama bersemangat hadir ke kuliah semula. Bagi meraikan tahun baru ini, marilah kita sama-sama menanam azam baru supaya tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu. Firman Allah SWT dalam Surah al- Mujadalah ayat 11 Maksudnya : “Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa y...