Posts

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُونُوا۟ خَیۡرࣰا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاۤءࣱ مِّن نِّسَاۤءٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُنَّ خَیۡرࣰا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِیمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ یَتُبۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang...

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 10 Mei 2022: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sangat menitikberatkan aspek pendidikan bertepatan dengan misi pertama BKAWM iaitu "Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik". Hal ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan BKAWM kepada mahasiswa di sini untuk sentiasa meningkatkan kualiti dan mutu sebagai seorang mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam akademik. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2021/2022 akan bermula pada pertengahan bulan Mei 2022. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 10 Mei 2022. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang...

KALAM PIMPINAN: DETIK AKHIR BERSAMA RAMADAN

Image
   [ KALAM PIMPINAN: DETIK AKHIR BERSAMA RAMADAN ] Bismillahirrahmanirrahim اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Masya-Allah, tanpa disedari kita sudah menghampiri penghujung Ramadan al-Mubarak. Terasa baru sahaja masuk ke dalam bulan Ramadan. Agak-agaknya kita sudah berjaya atau tidak mencapai matlamat utama puasa Ramadan seperti yang disebutkan dalam al-Quran? لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ “…supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: Ayat 183) Untuk mencapai hakikat takwa yang sebenar, bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun, ia juga bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai jika disulami dengan usaha dan kekuatan iman.  Dengan masa yang berbaki ini, marilah kita bersama-sama mengerah segala kudrat untuk merebut peluang yang ada. Moga-moga Allah memilih kita untuk menerima rahmat dan pengampunan-Nya serta tergolong dalam kalangan mereka yang bertakwa.  Di dalam Kitab Fadhail Ramadan wa Ahkamuhu karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, disebutkan beberapa amalan yang...

[ بريتا: مجليس بربوك ڤواسا برسام TYT AMBASSADOR ]

Image
[  بريتا: مجليس بربوك ڤواسا برسام TYT AMBASSADOR ]   ٢٠ اڤريل ٢٠٢٢، القاهرة- سكيتر مجليس بربوك ڤواسا برسام TYT Ambassador يڠ برتمڤت د رومه ماليسيا، مهندسين. مجليس ترسبوت تله دحاضيري اوليه دوا اورڠ واكيل BKAWM، ساودارا خير الإيمان بن عزمي سلاكو يڠ دڤرتوا BKAWM سيسي ٢٠٢١/٢٠٢٢ دان ساودارا محمد نعمان ظفري بن محمد نذير، ستياءوسها اڬوڠ BKAWM سيسي ٢٠٢١/٢٠٢٢. توروت دحاضيري انچيق محمد ذوويري بن ابو بكر، اتاسي ڤنديديقن ولايه ڤرسكوتوان دان انچيق محمد رضوان بن احمد، ڤنولوڠ اتاسي ڤنديديقن ولايه ڤرسكوتوان. مجليس تله دمولاکن دڠن رقمن تكبير راي دان دسوسولي باچاءن تهليل. مجليس کمودينڽ دسمڤورناکن دڠن اوچڤن توان رومه، TYT زماني اسماعيل، دوتا بسر مليسيا ک ريڤوبليک عرب مصر دان دتروسکن دڠن صلاة مغرب سچارا برجماعه دان جاموان لالو دأخيري دڠن صلاة عشاء سرتا تراويح سچارا برجماعه.   د کسمڤتن اين، ڤريڠکت BKAWM ايڠين مڠوچڤکن ريبوان تريما کاسيه کڤد ڤيهق TYT Ambassador اتس جمڤوتن ڤد کالي اين. تيدق دلوڤاکن جوݢ کڤد باريسن ڤݢاواي دان اتاسي ڤنديديقن اتس کسودين ملواڠکن وقتو برسام دان م...

KALAM PIMPINAN: METODOLOGI ILMU DALAM ISLAM

Image
[ KALAM PIMPINAN: METODOLOGI ILMU DALAM ISLAM ]  اَلْحَمْدُ للَّهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ, أَمَّا بَعْدُ Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum wbt. Insya-Allah pada kesempatan ini saya akan berkongsi berkenaan satu topik polemik yang baik untuk diketahui umum iaitu metodologi ilmu dalam Islam. Ilmu dalam Islam telah mendorong masyarakat Islam mencapai peradaban yang maju namun kemudian telah dijajah oleh bangsa barat yang telah menyebabkan kemunduran Islam. Kemajuan mereka (bangsa barat) pada hakikatnya adalah hasil plagiat dari peradaban Islam jua.  Antara faktor kejatuhan Islam pada ketika itu adalah kerana mereka meninggalkan al-Quran, mengabaikan tradisi ilmiah dan kesalahfahaman terhadap I...

[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Firman Allah SWT: ‎إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُونِ     “Sesungguhnya ini umatmu umat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya': Ayat 92) Berdasarkan firman Allah SWT di atas, Allah menerangkan bahawa umat Islam merupakan wehdatul ummah iaitu umat yang bersatu dan kita selaku umat Islam pada hari ini harus bersyukur bahawa Allah telah menjadikan kita sebagai umat yang satu dengan berusaha menjaga persatuan dan kesatuannya. Namun yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya, bahkan sebahagian pengikut agama Islam sendiri telah menjadikan umat berpecah belah menjadi beberapa golongan dan masing-masing berbangga dengan golongannya. Manusia berlumba-lumba untuk mengejar nikmat dunia, harta, pangkat sehingga akhirnya mereka saling berpecah-bel...

[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ]

Image
[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ] KAHERAH, 22 FEBRUARI 2022 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Kelompok Studi Mahasiswa Riau Mesir (KSMR) bertempat di Bilik Tutor, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. Pertemuan ini bertujuan untuk kolaborasi dalam program kesenian dan kebudayaan yang akan dianjurkan oleh KSMR. Pertemuan dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, kemudian bacaan ayat al-Quran yang telah dialunkan oleh saudara Rizki Hidayatullah dan pertemuan ini diteruskan lagi dengan sesi perkenalan portfolio di antara BKAWM dan KSMR. Seterusnya, Wakil Gabenor KSMR, saudara Rido telah menyampaikan ucapan sekaligus memperkenalkan Persatuan KSMR diiringi ucapan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022, saudara Muhammad Faiz bin Mohamad Shaharin. Pertemuan diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh saudara Indri Wahyudi dan diakhiri dengan ramah mesra. Di kesempatan ini, kami in...