Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Dipecah Masuk




ARWP,Hayyu Sabiek, 4 Disember
- Satu bilik di Asrama Pelajar Wilayah Persekutuan telah dipecah masuk pada hari Jumaat yang lepas ketika umat Islam yang lain menunaikan solat Jumaat. Bilik yang dihuni oleh 3 mahasiswa itu, dipecah masuk oleh pencuri berbangsa Arab. Anatara barang-barang yang hilang adalah sebuah komputer riba, 2 buah telefon bimbit dan sebuah PDA kepunyaan ketiga-tiga mahasiswa itu.

Ekoran dengan kejadian tersebut, Yang DiPertua BKAWM, Saudara Abdul Samad bersama dengan mangsa kecurian tersebut telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis di Balai Polis Awwal Madinah Nasr, sambil ditemani oleh Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz dan juga Naib Presiden 3, Saudara Muhamad Zuhaili. Daripada laporan yang telah diajukan, respon dari pihak polis amat baik dan pihak polis bersedia untuk membantu dalam membanteras kes kecurian yang semakin menular sejak ke belakangan ini.

Di samping itu, pihak polis juga menjalankan sesi soal siasat di balai polis itu juga. Siasatan bermula pada jam 4 petang dan kemudiannya disambung pada jam 10 malam sehingga jam 1 pagi. Siasatan itu dibuat berikutan dengan kesan dan masa kejadian itu terjadi. Pihak polis masih dalam usaha untuk menjejaki pencuri yang telah melakukan perkara tersebut dan difahamkan, telah banyak kes kecurian yang berlaku di sekitar kawasan Mahkamah.

Dalam kesempatan itu juga, pihak PMRAM menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kecurian tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden 3, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman. Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
yang diketuai oeh Ustazah Aminatul Saherra Che An telah melancarkan derma kilat bagi meringankan beban yang menimpa. sumbangan amatlah dialu-alukan. Sumbangan bolehlah disalurkan kepada Ustazah Aminatul Saheera Che Ann (01111876057) dan Ustaz Roslizan Mohd Yusof (0111725615). Bagi yang berada di cawangan bolehlah merujuk mandub/bah atau hubungi terus Lajnah Kebajikan. -Ehsan dari web PMRAM http://www.pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]