Tabung Kebajikan : Seorang Ahli BKAWM Patah Kaki
ISKANDARIAH , 19 APR : Malang memang tidak pernah berbau. Pada hari Khamis baru-baru ini, seorang ahli BKAWM telah di timpa kemalangan dan menyebabkan kaki kanannya patah. Mangsa Saudari Nur Farhana Bti Mokhtar, mahasiswi tahun 3 Akidah Falsafah , Universiti Al-Azhar Iskandariah, telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika dia cuba memanjat untuk memasang perhiasan dinding di rumahnya. Kejadian yang berlaku begitu pantas itu menyebabkan kakinya patah dan telah di simen sejurus selepas di hantar ke hospital dan akan mendapatkan rawatan selanjutnya pada 20 April ini.
Sehubungan dengan itu, pada hari Sabtu yang lalu, Naib Pengerusi Hewi, Saudari Haizun Hasni Bti Mohd Azmi dan Timbalan Bendahari Agung yang juga pemangku Timbalan Lajnah Kebajikan, Saudari Nurul Ashikin Bti Kamaruddin serta Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) BKAWM cawangan Iskandariah, Saudari Nurul 'Izzah Bti Zaharullai telah menziarahi dan menghulurkan sedikit bantuan untuk mangsa.
Oleh itu, dari pihak BKAWM mengingatkan kepada semua ahli BKAWM terutamanya supaya berhati-hati dan berjaga-jaga dalam apa jua keadaan sekalipun hatta di dalam rumah. Sekiranya berlaku sebarang masalah, terus menghubungi PERMAS BKAWM, Pengerusi DPM @ PERUBATAN cawangan masing-masing.
Comments
Post a Comment