SAURAH '11 Menyelusuri Sejarah BKAWM.

KAHERAH, 19 Okt – Telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Ulang Tahun Ke-13 BKAWM & Ramah Mesra AJKT dan HEWI BKAWM Sesi 2011/2012 (SAURAH '11). Majlis yang berlangsung di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) itu memberi seribu erti buat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang telah bertapak di Mesir selama 13 tahun sejak tahun 1998. Sebagai tanda kesyukuran kerana sehingga ke hari ini BKAWM dapat meneruskan agenda untuk memayungi anak-anak Wilayah Persekutuan yang ada di bumi Mesir ini sebagai, satu wadah kesatuan, maka pelbagai aktiviti kerohanian dijalankan seperti solat hajat dan tazkirah Surah As-Sof yang disampaikan oleh Saudara Adlan bin Mokhtaruddin.

Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada saudari Nawwar binti Hashim yang merupakan seorang yang sudah lama berkecimpung di dalam persatuan. Beliau banyak mendedahkan berkenaan sejarah BKAWM untuk membuka minda para hadirin betapa banyaknya jasa abang-abang dan kakak-kakak terdahulu yang telah berkorban untuk keselesaan kita untuk masa hadapan. Setelah itu, sambutan diteruskan lagi dengan Ramah Mesra AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012. Ramah mesra tersebut bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah yang erat dan padu di antara pimpinan dan ahli yang pada hakikatnya kedua-duanya saling memerlukan di antara satu sama lain.


Sambutan tersebut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid PARADISE dengan mempersembahkan dua buah lagu khas untuk BKAWM. Disempurnakan lagi sambutan tersebut dengan gimik perasmian logo 13 tahun BKAWM. Sesebuah sambutan hari lahir biasanya tidak akan sempurna melainkan dengan adanya kek, kek pada sesi kali ini direka khas sempena SAURAH ’11 yang telah disempurnakan dengan sesi pemotongan kek oleh AJKT. Sambutan diakhiri dengan jamuan.

Semoga Sambutan Ulang Tahun Ke-13 BKAWM & Ramah Mesra AJKT dan HEWI BKAWM Sesi 2011/2012 (SAURAH '11) yang telah berlangsung ini mampu memberikan semangat kepada pimpinan dan ahli untuk bersama-sama menggerakkan persatuan yang kita dokongi semata-mata untuk kebajikan kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]