IHTIRAM '13 - Nuzul Quran dan Badar Qubra

Kaherah, 27 Julai - Pada 27 Julai bersamaan 18 Ramadan yang lalu, IHTIRAM '13 peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)  telah mengadakan program Nuzul Al-Quran dan Badar Kubra. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi zon A dan sebagai menambah thaqafah dalam diri setiap ahli.

Program yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu dimulakan dengan persembahan qasidah yang dijemput khas daripada BKAN Kedah. Selepas itu majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran qiraat 7 daripada mahasiswa Shoubra.

Perasmian kempen Ihya Lughatul Arabiah juga telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Nurul Syahidah binti Hamzah, Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan. Beliau menyeru agar semua ahli dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Majlis berhenti seketika sementara menunggu waktu berbuka dan diisi dengan lantunan qasidah.

Pengisian kemuncaknya bermula selepas solat terawih iaitu ceramah Badar Kubra yang telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abbas yang merupakan penasihat BKAN Perak. Beliau mengajak semua ahli untuk sama-sama meneladani semangat yang ditunjukkan oleh tentera-tenera Badar.

Program berakhir sekitar jam 11.00 malam dengan hidangan istimewa iaitu roti canai. Pihak IHTIRAM '13 BKAWM mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh ahli BKAWM sendiri mahupun ahli BKAN Taakhi iaitu BKAN Kedah dan BKAN Terengganu.



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]