DG Gabungan Menyatukan Ahli
KAHERAH, 01 FEBRUARI 2014 – Semalam Unit
Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2013/2014 dengan kerjasama Unit Kebudayaan,
Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan Discussion Group (DG)
gabungan ahli Wilayah Persekutuan di padang futsal Markaz Nadi Syabab, Hayyu
Sadis.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan
dalam kalangan ahli DG. Seramai 25 orang hadir untuk sama-sama menjayakan
aktiviti tersebut. Program bermula seawal jam 7.30 malam hingga 10.00 malam.
Turut hadir Pegawai Pengurusan MAIWP
Mesir, Encik Yahya bin Hanif bersama beberapa orang barisan Badan Pengurus
PMRAM diketuai BP angkat Wilayah Persekutuan, saudara Hanifulfuad bin Hussin.
“Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan
dari anak-anak Wilayah Persekutuan, semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang agar ukhuwah dapat dikekalkan sesama kita”, ujar
saudara Mawardi bin Mohd Zain, Ketua Fasilitator Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir sesi 2013/2014.
Comments
Post a Comment