Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 & Malam Apresiasi Gemilang


KAHERAH, 19 Oktober 2014 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-16 dan Malam Apresiasi Gemilang (MAG) telah berlangsung pada18 dan 19 Oktober 2014 yang lalu bagi menandakan
berakhirnya sesi kepimpinan bagi barisan AJKT Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)sesi 2013/2014. Program yang diadakan saban tahun ini bertemakan ‘Mahasiswa Dinamik, Mencetus Solusi’ bertujuan untuk mencapai beberapa objektif
, iaitu :

1. Menyediakan medium bagi ahli BKAWM untuk menyuarakan pandangan dan muhasabah dalam membina semangat kemahasiswaan yang matang.

2. Memberi penghargaan kepada pendokong-pendokong BKAWM dan para ahli BKAWM yang cemerlang dalam peperiksaan serta menganjurkan Sambutan Ulang Tahun BKAWM Kali ke-16.

           Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014, saudara Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh yang menekankan tentang konsep bermesyuarat. Turut sama memberi ucapan iaitu saudara Muhammad Salihin bin Abdullah, Naib Pengerusi 3 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2014. Dalam ucapannya, beliau tidak lupa untuk menyelitkan kata-kata semangat kepada barisan pimpinan sesi baru dan amat berharap agar mereka dapat melaksanakan amanah yang telah digalas dengan sebaik mungkin.
         Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff,  Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

         Selesai majlis perasmian, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM ke 16 diteruskan lagi dengan sesi persidangan. Sesi persidangan ini telah dipengerusikan oleh saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Muhammad Razman dan sesi ini telah berjalan dengan lancar. Sesi persidangan dimulai dengan perlantikan setiausaha sidang, pengesahan minit mesyuarat, seterusnya laporan tahunan bagi setiap jabatan, lajnah dan unit serta laporan  penyata kewangan tahunan bagi hari pertama.

        Seterusnya, pada hari kedua persidangan diteruskan dengan perbahasan usul. Sesi ini  telah berjalan dengan cemerlang dengan adanya keterlibatan ahli secara aktif sepanjang persidangan  tersebut. Persidangan diakhiri dengan ucapan pergulungan dan penutup daripada saudara Muhammad Syazwan Syamil. Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah BKAWM bagi pencapaian sesi 2013/2014. Berikut merupakan senarai anugerah dan penerima bagi anugerah-anugerah yang telah disampaikan:

1. Anugerah Lajnah/Unit Terbaik: Unit Penerangan dan Penerbitan

2. Anugerah Program Terbaik : Ihya' Tarbawi Ramadan 1435H/2014 (IHTIRAM'14) & Sambutan Aidilfitri BKAWM 1435H/2014 (SALAM'14)

3. Anugerah Ahli Jawatankuasa Tadbir Terbaik (Siswa): Saudara Nik Mohammad Azahari bin Nik Salleh

4. Anugerah Ahli Jawatankuasa Tadbir Terbaik (Siswi): Saudari Rafida binti Haniffa

5. Anugerah Ahli Jawatankuasa Tadbir Peningkatan Prestasi : Noor Syairah Atiqah binti Rahim

6. Anugerah Tunas Harapan (Siswa): Saudara Muhammad Shafie bin Abdul Halim

7. Anugerah Tunas Harapan (Siswi): Saudari Ain Najihah binti Bukhari

8. Anugerah Tokoh Ilmuwan Harapan Wilayah Persekutuan : Saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain

9. Anugerah Emas (Siswa): Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah

10. Anugerah Emas (Siswi): Saudari Nurul Ashikin binti Haji Kamaruddin

      Seterusnya, majlis diteruskan dengan slot Suruhanjaya Pilihanraya, iaitu pembubaran barisan kepimpinan sesi 2013/2014 dan perlantikan barisan kepimpinan yang baru untuk sesi 2014/2015.

      Bagi merealisasikan objektif program iaitu meraikan ahli BKAWM yang komited  terhadap aktiviti BKAWM serta ahli yang cemerlang dalam peperiksaan, Malam Apresiasi Gemilang  telah diadakan pada sebelah malamnya. Majlis diserikan dengan kehadiran deejay yang menghiburkan  iaitu saudara Muhammad Ilman dan saudara Luqman Hakim.

       Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada para ahli BKAWM yang  cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, penyampaian sijil penghargaan kepada para Ahli jawatankuasa Pelaksana program-program BKAWM sepanjang sesi 2013/2014. Sesi yang terakhir ialah penyampaian sijil penghargaan  kepada barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita Islam bagi sesi  2013/2014 serta ahli jawatankuasa setiap jabatan, lajnah dan unit.
       Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan al-Wadi serta qasidah daripada Paradise. Majlis diakhiri dengan persembahan sketsa daripada  mantan Ahli Jawatankuasa Tadbir bagi sesi 2013/2014.

      Sepanjang mesyuarat ini berlangsung, turut diadakan pameran Arkib bagi meningkatkan lagi penghayatan ahli BKAWM terhadap sejarah BKAWM.

      Program demi program dijalankan setiap tahun, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengutuhkan  ukhuwah yang terbina dalam jiwa setiap ahli kerana dengan unggulnya ukhuwah akan terasa manisnya bersaudara sesama Islam. Semoga dari setiap program yang dijalankan akan mendapat rahmat dan naungan daripada Allah SWT.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Satu Fikrah Satu Amal"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]