ENTREPRENEUR COURSES (ENTER’15) MENGHASILKAN USAHAWAN BERJAYA

KAHERAH, 11 Februari 2015 – Unit Ekonomi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program keusahawanan memandangkan bidang keusahwanan sudah semakin meluas dalam kalangan mahasiswa dewasa ini.


Program yang dinamakan ENTREPRENEUR COURSES (ENTER ’15) ini membawa tema “Towards Bussiness Mind”. Ianya telah diadakan pada 10 Februari 2015 bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berkemahiran dalam skop keusahawanan dan mampu membantu menjana ekonomi BKAWM, serta memberi pendedahan lebih mendalam berkaitan keusahawanan kepada peserta.



Seramai 29 orang peserta, iaitu 9 orang siswa dan 20 orang siswi telah menyertai program ini. Slot pertama yang bertajuk “Strategi Keusahawanan” yang disampaikan oleh saudara Jamal Najmudin selaku Penasihat KPKM sesi 2014/2015 sebagai tanda bermulanya ENTER ’15 pada jam 4 petang. Diteruskan lagi dengan pembentangan Slot kedua oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria selaku mantan YDP BKAWM sesi 2012/2013 dengan tajuk “Pengurusan Modal”.

Selain itu, Slot Praktikal juga dijalankan bagi menguji tahap kefahaman peserta. Program berakhir dengan ucapan penutup Pengarah ENTER ’15, saudara Adam Syukri bin Mohamad selaku Ketua Unit Ekonomi BKAWM sesi 2014/2015 dengan harapan supaya peserta ENTER ’15 dapat bersama menyokong dan menjana ekonomi BKAWM pada masa hadapan.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]