DAURAH MUSIM PANAS


KAHERAH, 14 Jun 2015 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Daurah Musim Panas, Kitab Tarbiyatul Aulad yang disampaikan oleh Ustaz Shafiq bin Sahimi selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Jun 2015. Program dijalankan di Asrama Sementara Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabi'



. Objektif daurah pada tahun ini adalah untuk membina identiti mahasiswa Islam serta meningkatkan penguasaan thaqafah selain mengisi masa lapang mahasiswa yang sudah selesai imtihan.

    Daurah pada hari pertama bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang dengan diselangi rehat pada jam 11:30-12:30 tengah hari dan 3:00-4:00 petang. Daurah ditangguh untuk disambung pada hari berikutnya dan peserta bersurai. Hari kedua, pengajian telah dimulakan pada jam 12:30 tengah hari, diselangi rehat pada jam 3:00-4:00 petang dan diakhiri dengan perasmian penutupan dan makan malam pada jam 6 petang.

Sebagai kesimpulan, daurah yang dijalankan sepanjang dua hari ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan berjalan dengan lancar. Sambutan dari peserta daurah sangat memberansangkan dan pihak penganjur berharap semua peserta dapat mengambil ilmu yang telah dipelajari dan mengamalkannya agar menjadi bekalan di dunia dan di akhirat kelak.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]