[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ]



KAHERAH, 27 November 2017- Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah mengadakan satu kelas kemahiran, iaitu kelas Adobe Photoshop yang bertujuan untuk mengasah bakat ahli dalam bidang reka grafik. Kelas tersebut telah berlangsung pada 26 November 2017 di peringkat siswi dan 27 November 2017 di peringkat siswa.
Peserta diberi pendedahan tentang asas-asas berkaitan Adobe Photoshop dan disusuli dengan slot praktikal. Kelas di peringkat siswi disertai seramai 11 orang peserta dan dibimbing oleh empat orang fasilitator yang berpengalaman. Bagi kelas siswa pula, disertai seramai 15 orang peserta dan 4 orang fasilitator.
Kelas tersebut dikendalikan oleh saudara Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir bagi peringkat siswa dan saudari Farhatin Najwa bt Bahtiyar bagi peringkat siswi. 
Kelas yang berlangsung kira-kira 2 jam itu mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan ahli BKAWM, terutamanya mahasiswa dan mahasiswi baru yang sentiasa bersemangat untuk mempelajari perkara baru.
Akhirnya, semoga setiap peserta dapat mengambil peluang ini untuk mempelajari dan mengasah kemahiran baru, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat kelak.

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”

“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]