[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ]
Terlalu ramai
ulama yang sudah menulis kesan buruk ikhtilat tidak syari’e. Tetapi, ramai yang
tidak endah dan menganggap ia seolah-olah perkara kecil.
Kalau kita
tidak menjaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka
kita akan senang dijangkiti penyakit hati.
Apabila mata
suka memandang kepada ajnabi,
Apabila mulut
suka berbual kosong dengan ajnabi,
Apabila telinga
suka mendengar suara ajnabi,
Apabila tangan
suka bermesej dengan ajnabi,
Apabila kaki
suka melangkah bersama ajnabi,
Apabila diri
suka meraih perhatian ajnabi,
Maka kita akan
mudah jatuh hati.
Dari situ,
syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang
lebih dimurkai Allah.
Namun, isu
ikhtilat ini masih dianggap remeh, bahkan ramai “pendakwah muda” yang tidak
menjaga perkara ini, berpasangan islamik dan sebagainya. Sangat parah. Kalau
pendakwah pun begitu, bagaimana pula orang awam?
Adakah kita
hanya mampu melihat?
Ingatlah Allah
SWT berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 78 dan 79:
لُعِنَ
الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى
ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
“Telah dilaknat
orang-orang kafir dari bani Israil dengan lisan Nabi Daud dan Nabi Isa putera
Maryam. Demikian itu sebab mereka durhaka dan melampaui batas.”
كَانُوا
لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
“Mereka tidak
mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang
mereka perbuat.”
Rasulullah SAW
menganjurkan hisbah dan memberi peringatan atas mengabaikannya dalam kehidupan
manusia.
Dari ummul
mukminin Aisyah RA bahawa dirinya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Serulah
kepada yang makruf dan cegahlah daripada yang mungkar sebelum kamu berdoa lalu
tidak dikabulkan.” (HR. Ibnu Majah)
Ustaz Ali
al-Khafif mengatakan bahawa al-hisbah ialah menyeru pada yang makruf apabila
telah nyata ditinggalkan dan mencegah yang mungkar apabila telah nyata
dikerjakan.
Disediakan
oleh:
Unit Hisbah,
Jabatan Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018
“Memurnikan
Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga
Kita”
“Bersama
Bersatu”
Comments
Post a Comment