Posts

Showing posts from July, 2018

[ KALAM PIMPINAN: KELUARGA ASAS PEMBANGUNAN INSAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: KELUARGA ASAS PEMBANGUNAN INSAN ] Pembangunan insan berakhlak adalah nadi utama dalam membangunkan sesebuah keluarga yang maju serta diredai Allah SWT. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan berasaskan teras yang penting dalam sistem pembangunan insan. Akhlak adalah modal utama dalam menentukan sesebuah keluarga yang mesti dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam Islam. Justeru itu, pembangunan insan berakhlak adalah tunggak terpenting dalam membina keluarga Islam yang rabbani. Membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan yang mesti dilalui dan perlu diaplikasikan dalam seluruh peringkat masyarakat. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak menyeluruh secara berterusan dan istiqomah berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah, tolong - menolong dan sebagainya.  (( لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ  )) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk

[ KALAM PIMPINAN: KEPIMPINAN PEMANGKIN KESATUAN UMMAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: KEPIMPINAN PEMANGKIN KESATUAN UMMAH ] Alhamdulillahirabbil ‘Alamin. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, tuhan yang Maha Agung, yang mengikat hati-hati hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Mustofa, Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga baginda SAW. Juga kepada para sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Islam amat menitikberatkan soal kepimpinan dan meletakkannya sebagai tonggak utama dalam kehidupan manusia kerana kepimpinan merupakan tunjang utama bagi kesatuan ummah. Allah menciptakan manusia adalah untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini. Pemimpin dalam skop yang lebih luas meliputi dirinya, masyarakat setempat dan juga keluarga. Nabi Muhammad SAW pernah bersada : كُلُّكُمْ راعٍ وكُلُّكُمْ مسئولٌ عنْ رعِيَّتِهِ. والأِمَامُ رَاعٍ ومسئولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. والرَّجُلُ رَاعٍ في أَهْلِهِ ومسئولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. والمرْأَةُ راعِيةٌ في بيْتِ زَوْجِهَا ومسئولة عنْ رعِيَّتِهَا. والخَادِمُ رَاعٍ في مالِ سيِّدِهِ ومس

[ VIDEO DOKUMENTASI : IHTIRAM '18 DAN TAUTAN '18 ]

Image
Berikut merupakan video sepanjang program Ihya' Tarbawi Ramadan 2018 (IHTIRAM '18) dan Tinta Kasih Aidilfitri 2018 (TAUTAN '18). Semoga dengan program ini serba sedikit dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli BKAWM di samping sentiasa istiqamah melakukan amalan-amalan kebaikan ketika di bulan Ramadan dan Syawal sebelum ini. "Ramadan Menuju Mardhatillah" "Fitrah Dikecapi, Ramadan Diingati" "Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga KIta" "Bersama Bersatu"

SOSIAL DAN IKHTILAT - " MIND YOUR GAP "

Image
Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, kita diberi kesempatan untuk meneruskan ketakwaan kepadaNya, diberi kudrat dan kekuatan untuk mentaati suruhanNya serta meninggalkan laranganNya. Kita selaku mahasiswa/wi di Mesir amat beruntung kerana berada di suatu tempat yang amat menitikberat dan memelihara suasana sekelilingnya perihal adab dalam pergaulan. Selaku mahasiswa/wi yang rabbani, sudah pasti perkara ini amat penting dan mesti diambil perhatian sepenuhnya kerana ia merupakan batasan dalam agama yang mesti dijaga dan dipelihara. Di samping kesibukan kita belajar di universiti dan tempat-tempat pengajian sekitarnya, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan komuniti mahasiswa/wi di perantauan sentiasa utuh dan bersatu. Dalam memastikan perkara itu, secara amnya sudah pasti kerjasama dan perg

Ucapan Perantauan Anak-Anak Wilayah Persekutuaan di Mesir Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018.

Image