[ BERITA: ZIARAH ATHAR AULIYA' 2018 (TANTA '18) ]

[ BERITA: ZIARAH ATHAR AULIYA' 2018 (TANTA '18) ]



KAHERAH, 1 & 6 Disember 2018 - Buat julung-julung kalinya, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) sesi 2018/2019 telah menganjurkan program Ziarah Athar Auliya' 2018 (TANTA '18). Program ini telah berlangsung pada 1 Disember 2018 bagi siswi dan 6 Disember 2018 bagi siswa.

Objektif yang dibawa dalam program ini ialah meneladani pengorbanan ulama dalam menyebarkan Islam, memperkasakan thaqafah dalam mengenali sejarah ulama dan mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan ahli.



Program ini bermula pada jam 7.00 pagi. Para peserta berkumpul di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan bagi sesi taklimat dan penerangan ringkas tentang perjalanan program serta adab-adab menziarahi makam yang disampaikan oleh Unit Pengisian dan Disiplin.



Antara makam yang diziarahi ialah:

1) Makam Syeikh Mutawalli Sya'rawi
2) Makam Syeikh Khalil Khatib
3) Makam Syeikh Sidi Badawi
4) Makam Syeikh Yusuf al-Bahiy
5) Makam Syeikhah Nurussobah

Para peserta diberikan taklimat dan sejarah ringkas mengenai perjalanan hidup pemilik makam tersebut oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh selaku musyrif penerangan ziarah. Pelbagai input sejarah yang boleh dijadikan sebagai teladan.



Pihak program berharap agar program Ziarah Athar Auliya' ini dapat memberi manfaat dan mengikat hati-hati peserta dalam menuju keredaan Allah SWT.

Disediakan oleh:
Setiausaha,
Ziarah Athar Auliya' 2018,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM sesi 2018/2019

"Sirah Ditelusuri, Ibrah Diteladani"


"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]