[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21 (MAT-21) ]



KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 (MAT-21) BKAWM berlangsung di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

  Antara objektif penting MAT-21 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”

  Program MAT-21 BKAWM membuka tirainya pada 10 Oktober 2019 dengan Forum Ambang MAT  yang disampaikan oleh saudara Muhammad Aimi Akmal bin Zaini, Fasilitator Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Muhamad Hafizuddin bin Mat Nasir, Mantan Yang Dipertua BKPPPM dengan tajuk “Konsep Syura dalam Islam”. Penyampaian hadiah kepada pengisi telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.





  Pada 19 Oktober 2019, program MAT-21 BKAWM diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Encik Muhammad Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Seterusnya, bermulalah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 21. Pada jam 5.30 malam, program diberhentikan seketika untuk memberi laluan menunaikan solat Maghrib. Program diteruskan dengan sesi 1 dan sesi 2, slot laporan JLU dan Usul.





    Keesokan harinya, program diteruskan dengan pelantikan juruaudit sesi 2018/2019, slot muhasabah dan cadangan, kalam akhir pimpinan sesi 2018/2019 dan pembubarannya yang dikelolai oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM.


     Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video program-program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2018/2019 dan persembahan daripada kumpulan nasyid yang tidak asing dalam kalangan Mahasiswa Mesir iaitu Al-Wadi. Program MAT-21 BKAWM melabuhkan tirainya dengan penyampaian sijil dan hadiah serta sambutan hari lahir BKAWM kali ke-21.



    
  Pihak program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menyumbang masa, wang, dan tenaga demi menjayakan program MAT-21 BKAWM ini. Tidak dilupakan juga kepada semua yang menyokong dan membantu dari segi kewangan dan tenaga secara langsung atau tidak langsung.

Semoga Allah mengira khidmat dan bakti kita terhadap BKAWM sebagai amal ibadah yang menjadi bekalan di akhirat kelak, Insha Allah.

Disediakan oleh:
Muhammad Fikri Bin Zaradi,
Setiausaha,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 (MAT-21) BKAWM sesi 2018/2019

"الشورى وسيلة وحدة الأمة"

“Menjunjung Kesatuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]