[ BERITA: JELAJAH ATHAR BAHNASA 2019 (BAHNASA ‘19) ]






BAHNASA EL-MINYA, 7 & 14 Disember 2019 – Seramai 126 peserta telah menyertai jaulah makam Jelajah Athar Bahnasa 2019 (BAHNASA ‘19) yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020.

Matlamat utama yang ingin dicapai daripada program kali ini adalah untuk menanam rasa cinta akan para sahabat dan wali Allah. Selain itu, ia bertujuan membina serta meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli berkaitan sejarah. Disamping itu, menguatkan lagi tautan ukhuwah sesama ahli.



Program bermula dengan sesi taklimat keselamatan daripada Unit Pengisian dan Disiplin pada waktu malam sebelum bertolak ke destinasi selepas subuh keesokan harinya. Program telah pun dirasmikan oleh Pegawai Atase Wilayah Persekutuan Mohd Azrul bin Ismail.


Tepat jam 6.40 pagi, para peserta mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan Baharu ke Bahnasa dan selamat tiba di destinasi pada jam 11.20 pagi.




Antara tempat yang dikunjungi ialah:
1. Qubah Sayyidi Ja’far dan Sayyidi Ali (anak kepada Uqail bin Abi Talib)
2. Qubah Sayyidi Ali al-Jammam
3. Pohon Sayyidah Maryam dan Nabi Isa berehat
4. Maqam Sayyidina Ziyad bin Abi Sufyan bin al-Harith
5. Qubah Sayyidina Muhammad al-Kharasi
6. Maqam al-Hasan bin Soleh bin Zainal Abidin (cucu al-Hussain)
7. Maqam ahli al-Badar
8. Maqam Sayyidah Khaulah binti al-Azwar
9. Qubah as-Sab’u Banat


Ustaz Muhammad Syakir bin Sahimi selaku musyrif penerangan telah menyampaikan banyak ilmu dan informasi yang bermanfaat berkaitan sejarah hidup serta pengorbanan setiap pemilik makam. Pelbagai ibrah dan pengajaran yang boleh diambil sebagai teladan dan pedoman daripada kisah sejarah pemilik-pemilik makam serta sejarah pembukaan Bahnasa itu sendiri yang mampu mengubah cara pandang setiap peserta.

Pihak program berharap agar program jaulah makam kali ini dapat memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat baik untuk diri sendiri atau orang lain serta dapat memupuk hati-hati peserta dalam menambahkan kecintaan kepada para sahabat dan para wali sekaligus meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD IMRAN BIN SHAUQI
Setiausaha,
Jelajah Athar Bahnasa 2019 (BAHNASA ‘19),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020

"Menyingkap Rahsia Kota Seribu Wali"

"Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]