[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ]

[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ]

KAHERAH, 12 Mei 2021 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Raikan Syawal Wilayah Persekutuan 2021 (RAYA ‘21) telah selamat melabuhkan tirai pada 15 Mei 2020. RAYA ’21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 13 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021.

Antara objektif yang diketengahkan oleh RAYA ‘21 pada kali ini ialah menyambut serta menghidupkan suasana Aidilfitri, mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan dan memperkukuh thaqafah islamiah anak-anak Wilayah Persekutuan.
Program RAYA ‘21 telah dimulakan dengan Perutusan Khas Syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2021, Saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan perantauan oleh ahli Wilayah Persekutuan yang beraya di bumi Mesir dan takbir raya di setiap aras Asrama Wilayah Persekutuan Baharu dan Asrama Wilayah Persekutuan Lama.
Program RAYA ‘21 pada kali ini juga sama seperti IHTIRAM ‘21 iaitu hanya berfokus di dalam rumah sahaja. Akan tetapi, ada beberapa acara yang dilonggarkan iaitu menunaikan solat sunat raya Aidilfitri di surau kedua-dua asrama dan juga tazkirah duha. Namun begitu, solat sunat ini ditunaikan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti menjaga jarak antara jemaah, memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan.
RAYA ‘21 turut diserikan dengan tazkirah duha khas RAYA ‘21 yang disampaikan oleh Fasilitator KPT sesi 2021, saudara Ahmad Furqan bin Ariffin yang dilaksanakan secara atas talian. Acara diteruskan lagi dengan edaran juadah jamuan hari raya Aidilfitri di setiap rumah memandangkan acara perkumpulan tidak dibenarkan.

Meraikan Aidilfitri diiktibarkan sebagai satu kemenangan buat umat Islam yang telah berjaya menahan diri daripada makan, minum serta segala perkara yang membatalkan puasa.

Harapan kami agar sambutan hari raya Aidilfitri pada kali ini dapat dihayati oleh seluruh anak Wilayah Persekutuan sebagai suatu kemenangan. Semoga kemenangan yang menjadi sambutan tahun ini meningkatkan rasa syukur kita sesama insan.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD ZUHAIRI BIN KHAIRIL ARIFFIN
Setiausaha,
Raikan Syawal Wilayah Persekutuan 2021 (RAYA ‘21),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021.

“Aidilfitri Disyukuri, Kemenangan Dirai”

“Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan”
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]