[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT  KEKAL BKAWM SESI 2021/2022 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Berkat perjuangan baginda, kita masih bernafas dengan kalimah syahadah.

Sesi 2021 kian melabuh, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baharu pimpinan BKAWM yang akan datang.

Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2):

"........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 yang telah dipersetujui  adalah seperti berikut:

1. Umar Rahimie bin Sahrom

2. Nuril Anwar bin Ibrahim

3. Anis Fitriyah binti Latfi Amir

4. Nur Najwa Laili binti Mohd Khiri @ Mohd Khairi

Besar harapan kami agar seluruh ahli BKAWM memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan BKAWM yang akan datang.

Siru ala barakatillah.

Yang menjalankan tugas,

KHAIRUL IEMAN BIN AZMI
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021


"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Borang Bacaan Tahlil Arwah