[ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2008/2009 ]


 [ KALAM MANTAN YANG DIPERTUA BKAWM SESI 2008/2009 ] 


‎بسم الله الرحمن الرحيم


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a..

 

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

 

Keduanya, kepada seluruh mahasiswa/wi Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir diharap dapat menjadikan Mesyuarat Agung Tahunan ini sebagai perhimpunan kekeluargaan yang berlaku setiap tahun. Sebagai ahli, kita adalah cerminan kepada sahabat yang lain. Kehebatan kita menampung kelemahan sahabat yang lain, begitu juga kelemahan kita ditampung oleh kehebatan sahabat kita. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.

 

Ketiganya, sebagai satu-satunya persatuan yang menaungi anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir, maka kepentingan memenuhi segala tuntutan adalah menjadi tanggungjawab untuk dilunaskan. Kegagalan memenuhi tuntutan ini boleh merencatkan harapan mereka yang berada di Malaysia.

 

Keempatnya, seruan kepada semua mahasiswa/wi menjadikan persatuan ini sebagai salah satu platform mempersiapkan diri dengan ilmu alat sebelum pulang semula ke Malaysia.

 

Akhirnya, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan dan semoga kalian berjaya.

 

‎سِيرُوا عَلَى بَرَكَةِ اللهِ


Disediakan oleh:

Unit Promosi, Teknikal dan Multimedia,

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 (MAT-23) BKAWM sesi 2021


‎"المشاورة لبناء الفكرة السليمة"


"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]