[ BERITA: WAKIL BKAWM KE MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI BESAR KEDAH (MESRA '21) ]


[ BERITA: WAKIL BKAWM KE MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI BESAR KEDAH (MESRA '21) ] 

KAHERAH, 30 NOVEMBER 2021- Telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kedah (MESRA '21) bertempat di Dewan Tolip, Hotel Jewel, Hayyu Asyir. Majlis tersebut telah dihadiri oleh dua orang wakil daripada BKAWM iaitu saudara Khairul Ieman bin Azmi selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022 dan saudari Nur Alia Farhana binti Mohd Zaki selaku Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM sesi 2021/2022.


Majlis telah dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, saudara Muhammad Muaz bin Shahrul Niza. Kemudian, diteruskan dengan Ucapan Atase Pendidikan Kedah, Tuan Azhar bin Shoid dan diserikan lagi dengan amanat serta ucapan daripada YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. 

Majlis kemudiannya disempurnakan dengan sesi dialog dua hala antara  YAB Menteri Besar dan delegasi yang hadir bersama Mahasiswa Kedah.

Di kesempatan ini, peringkat BKAWM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MKKK atas anjuran dan undangan ke Majlis MESRA '21. Tidak dilupakan juga kepada pihak YAB Menteri Besar serta delegasi atas kesudian meluangkan waktu bersama dan memberi suntikan semangat kepada seluruh mahasiswa yang berada di Mesir untuk terus menuntut ilmu dan pulang berkhidmat kepada masyarakat akan datang. 

BKAWM juga berharap kerjasama serta hubungan yang sedia terjalin antara MKKK  dan BKAWM serta seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri kekal kukuh dan utuh dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD NU'MAN ZAFRI BIN MOHD NAZIR
Jabatan Setiausaha Agung BKAWM sesi 2021/2022

"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]