Posts

Showing posts from July, 2022

[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ISTI'JAL (GOPOH DALAM PERJUANGAN) ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW.  Firman Allah SWT:  خُلِقَ الْاِ نْسَا نُ مِنْ عَجَلٍ ۗ سَاُ ورِيْكُمْ اٰيٰتِيْ فَلَا تَسْتَعْجِلُوْنِ  "Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya)." (Surah al-Anbiya: Ayat 37)  Dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu dalam hendak mencipta diri kita ini, salah satu dari bahan ramuan untuk mencipta kita adalah sifat tergesa-gesa. Ini adalah salah satu daripada sifat manusia iaitu mahukan sesuatu itu dengan segera. Tidak sabar untuk me

[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ]

Image
[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ] KAHERAH, Mei & Julai 2022 - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan yang sangat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri mengembalikan kita kepada fitrah manakala Aidiladha pula menanam sifat pengorbanan dalam diri. Setelah lebih kurang 2 tahun dunia berperang dengan COVID-19, kini keadaan semakin pulih. Pelbagai aktiviti secara fizikal dapat dijalankan seperti biasa dan tidak luput juga peringatan bagi penjagaan kesihatan yang sebaiknya.  Di Mesir tidak melepaskan peluang bagi merebut peluang ini untuk mengembalikan semula suasana yang saban tahun dirindui. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dari seluruh negeri dan Persatuan Sains Kesihatan Malaysia (PERUBATAN) telah mengadakan jemputan rumah terbuka pada Hari Raya Puasa dan Korban tempoh hari.  Terima kasih kepada seluruh BKAN juga PERUBATAN kerana menjemput wakil pimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)

[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: MENGHAYATI KEHEBATAN RASULULLAH ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمد عبده ورسوله. Bersyukur kepada Allah SWT yang masih memberi nikmat Islam dan iman sebagai panduan kita dalam menempuh kehidupan di dunia. Selawat dan salam kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW kerananya Islam masih tersebar hingga ke hari ini. Firman Allah SWT: { وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ } Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." [ Surah al-Anbiya’: Ayat 107 ] Acap kali mendengar sirah Rasulullah SAW sepanjang hayatnya yang dikagumi kita sebagai umat Islam malah mereka yang bukan Islam. Sedikit gambaran kehebatan dan keistimewaan Rasulullah SAW telah diungkapkan dalam Ensiklopedia Oxford oleh John L Esposito iaitu: “Nabi Muhammad SAW adalah seoran

[ BERITA: TAZKIYAH '22 ]

Image
[ BERITA: TAZKIYAH '22 ] KAHERAH, 6-11 Julai 2022 - Alhamdulillah, telah selesai program TAZKIYAH '22, anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir selama 6 hari di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu, Awal Sabie.  Antara objektif program TAZKIYAH '22: 1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha.  2. Menjadi medan kepada ahli untuk menambah thaqafah berkaitan Aidiladha.  3. Menanam sifat ubudiyah dalam diri ahli.  4. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.  Program dimulai dengan Gotong-royong Perdana, melibatkan seluruh penghuni asrama dan berpusat di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.  Seterusnya, telah berlangsunya Teori Sembelihan dan Melapah yang disampaikan oleh Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri, Penyelia Wisma Kelantan Shoubra.  Berkumandangnya azan Maghrib pada 8 Julai 2022, maka telah masuknya 10 Zulhijah 1443 Hijrah. Usai solat maghrib seca

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ ﴿ ٢٠٨ ﴾  Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [Surah al-Baqarah: Ayat 208 ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Dengan berlalunya imtihan fasa 2 baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 15 Julai 2022. Semoga kita te

[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ]

Image
[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ]  Firman Allah SWT: { ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ } “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum: Ayat 41) Sebelum ini kita digemparkan dengan suatu pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Russia terhadap penduduk Ukraine yang mana pencerobohan ini mengorbankan hampir 24 000 orang awam. Krisis ini berlaku rentetan daripada peristiwa perang Russia-Ukraine apabila Ukraine meminta untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (PPAU) atau lebih dikenali sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO) pada sekitar tahun 2014. Hal ini menimbulkan keb