[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ]

[ BERITA: JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA BKAN DAN PERUBATAN ]

KAHERAH, Mei & Julai 2022 - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan yang sangat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri mengembalikan kita kepada fitrah manakala Aidiladha pula menanam sifat pengorbanan dalam diri.

Setelah lebih kurang 2 tahun dunia berperang dengan COVID-19, kini keadaan semakin pulih. Pelbagai aktiviti secara fizikal dapat dijalankan seperti biasa dan tidak luput juga peringatan bagi penjagaan kesihatan yang sebaiknya. 

Di Mesir tidak melepaskan peluang bagi merebut peluang ini untuk mengembalikan semula suasana yang saban tahun dirindui. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dari seluruh negeri dan Persatuan Sains Kesihatan Malaysia (PERUBATAN) telah mengadakan jemputan rumah terbuka pada Hari Raya Puasa dan Korban tempoh hari. 

Terima kasih kepada seluruh BKAN juga PERUBATAN kerana menjemput wakil pimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Suasana hari raya ibarat pulang ke kampung sangat dirasai bilamana semua anak-anak negeri dan ahli turut sama-sama hadir memeriahkan lagi program yang diadakan.

Semoga ukhuwah dan jalinan hubungan ini dapat terus erat dan kekal sehingga ke akhirnya. Tak lain tak bukan demi menyatukan anak Malaysia di bumi Mesir yang barakah ini. Kesatuan anak Malaysia yang sangat diharapkan perlulah dijayakan tidak kira perbezaan negeri dan latar belakang.

Wallahua'lam. 
Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh:
KHAIRUL IEMAN BIN AZMI
Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2021/2022

#RayaBersamaBKAN
#MuafakatAsasKejayaan

"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]