SERAMBI WILAYAH GABUNGAN MEMBINA PELAPIS BERKUALITI
KAHERAH, 28 September 2014– Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah mengadakan Serambi Wilayah Gabungan pada 18 September yang lalu. Serambi Wilayah merupakan sebuah aktiviti mingguan yang diadakan bagi mengumpulkan ahli-ahli BKAWM untuk sama-sama mengeratkan ukhuwah di samping berkongsi ilmu dan pengalaman. Untuk Serambi Wilayah pada kali ini, pihak UPR mengadakan Serambi Wilayah Gabungan dengan membawakan sebuah pengisian khas, iaitu “Kursus Vokasional” kepada semua anak Wilayah Persekutuan. Serambi Wilayah Gabungan ini telah diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan dan bermula seawal selepas Maghrib dengan bacaan Yasin serta tahlil. Serambi Wilayah kali ini menampilkan Ustaz Aimi Akmal bin Mohd Zaini daripada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang merupakan pengisi jemputan bagi pengisian khas “Kursus V...