Posts

[ SAMBUTAN ULANG TAHUN BKAWM KALI KE 18 ]

Image
[ SAMBUTAN ULANG TAHUN BKAWM KALI KE 18 ] Alhamdulillah pada 26 Oktober 2016, Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan Majlis sambutan Ulang Tahun BKAWM kali ke 18 di Dewan Sri Putra, ARWP. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, pengenalan potfolio AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017 serta Ucaptama yang disampaikan oleh Yang DiPertua BKAWM sesi 2016/2017 saudara Abdul Wafi bin Alias. Majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang pertandingan rekacipta Logo BKAWM kali ke 18. Semoga ukhuwah yang terbina di antara ahli dan pimpinan BKAWM sesi 2016/2017 terpateri hingga ke akhir hayat. "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

Timbal Terima AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017

Image
Pada 24 Oktober 2016, suatu Majlis Timbal Terima telah diadakan di antara AJKT HEWI BKAWM sesi 2016/2017 bersama mantan AJKT HEWI BKAWM sesi 2015/2016 bertempat di Dewan Sri Putra, Hayyu Sabie'. Timbal terima ini telah bermula pada 8.00 malam dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017, gimik peny erahan jawatan AJKT HEWI serta diakhiri ucapan daripada saudara Adam Syukri Bin Mohamad selaku mantan Yang Dipertua BKAWM sesi 2015/2016. Semoga pimpinan BKAWM pada sesi ini dapat memberikan komitmen yang terbaik agar memastikan kebajikan seluruh ahli BKAWM ini terus terpelihara.   "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[Direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017]

Image
Jom kita kenali AJKT baru  "Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN TIMBALAN UNIT PENDIDIKAN DAN PENGETAHUAN ]

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi, dimohon limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, diucapkan puji-pujian kepada Allah Rabbul Izzati, diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Mulia kerana dengan limpah kurniaanNya, kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama bersemangat hadir ke kuliah semula. Bagi meraikan tahun baru ini, marilah kita sama-sama menanam azam baru supaya tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu. Firman Allah SWT dalam Surah al- Mujadalah ayat 11 Maksudnya : “Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa y...

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PERLANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2016/2017 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah.

[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PERLANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2016/2017 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah.

[ KALAM PIMPINAN TIMBALAN LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN: BULAN ZULHIJJAH BULAN IBRAH ]

BULAN ZULHIJJAH BULAN IBRAH    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT di atas nikmat yang tidak akan mampu kita kira mahupun balas. Maha suci Tuhan, Engkau sahaja yang layak memuji diri-Mu. Tiada pujian yg mampu menandingi pujian-Mu ke atas diri-Mu. Selawat dan salam yang sempurna kepada Rasulullah SAW dan juga ahli keluarga baginda SAW.  Bermacam nikmat dan kemuliaan yang dikurniakan tuhan yang seharusnya menjadikan kita hamba yang bersyukur. Bersyukur kerana dimuliakan Allah SWT untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah yang merupakan antara bulan-bulan haram berperang. Bersyukur juga kerana dianugerahkan kepada kita 1 hingga 10 Zulhijjah yang merupakan sebaik-baik hari yang Allah azza wa jalla anugerahkan buat umat Muhammad SAW. Allah SWT bersumpah di dalam surah al-Fajr dengan berfirmannya, “Demi malam yang sepuluh.” Para ulama berbeza penafsiran terhadap ayat ini. Ada ulama yang ...