[ KALAM PIMPINAN: PERJUANGAN SEBUAH MEDAN ]
[ KALAM PIMPINAN: PERJUANGAN SEBUAH MEDAN ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على المرسلين والحمد لله رب العلمين إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. أما بعد. Dasawarsa ini, perjuangan di dalam sebuah medan khususnya medan dakwah seharusnya bukan medan yang bertatahkan intan dan permata. Banyak liku dan mehnah yang akan dilalui seorang pendakwah sebenar sekiranya dia benar-benar istiqamah dan menjiwai setiap langkah perjalanannya menuju syurga abadi kelak. Jika kita telusuri secara mendalam tentang kisah-kisah para pejuang pendakwah dari kalangan para nabi terdahulu di dalam al-Quran, pasti kita akan percaya dan meyakini yang jalan dakwah ini sungguh pahit dan memeritkan. Sebagai contoh, Nabi Nuh a.s. sepanjang umurnya merentas 950 tahun, di penghujung usi...