Bengkel Seni Multimedia Mendapat Sambutan

ARWP,14 Mac: Bengkel Seni Multimedia telah membuka tirai hari ini yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi ini Al-fadhil Ustaz Ab Samad bin Abd Aziz.

Bengkel yang akan berlangsung selama tiga hari ini telah mendapat sambutan dari mahasiswa dan mahasiswi dengan ha
mpir 30 penyertaan yang melebihi jangkaan. YDP ketika berucap dalam majlis perasmian sebentar tadi telah memberikan kesedaran kepada peserta bahawa peri pentingnya ilmu nilai tambah ini untuk dikusai oleh mahasiswa Islam selain ilmu yang sedang dituntut di peringkat Universiti.Beliau mengharapkan agar Unit Penerangan dan Penerbitan selepas ini akan meneruskan bengkel sedemikian pada masa yang akan datang.

Hari ini telah kursus pertama Adobe Flash Professional yang telah dibentangkan oleh Ketua Unit Penerangan dan Penebitan BKAWM sendiri Saudara Norhalis Syafiq Ahmad. Bengkel akan disambung pada 16 dan 17 Mac pada hari berikutnya bagi kursus Adobe Photoshop.


















Pengarah Program Sdra Wan Talha menyampaikan
cenderahati kepada pembentang


*Lawati gambar di Galeri BKAWM2U
*Tanda bintang dibawah jika anda suka aktiviti ini.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]