Tautan Ukhuwah Menggabungkan 5 Taakhi


1 Julai,ARWP,Kaherah; Unit Penerangan BKAWM bersama unit peneranan 5 taakhi BKAWM iaitu, unit penerangan BKAN P.Pinang, Kelantan, serta dua DPM iaitu Shoubra dan Iskandariah. Program yang berlangsung 1 julai lalu adalah program taakhi pertama yang dianjurkan serentak anjurannya lima taakhi ini (zon B). Program ini dinamakan 'Tautan Ukhuwah Taakhi'.

Program ini adalah melibatkan seluruh pimpinan AJKT di peringkat BKAN dan DPM taakhi ini. Program yang buat julung kalinya ini telah mendapat pujian dan sokongan dari segenap perinkat termasuk PMRAM pusat. Tautan Ukhuwah Taakhi telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM dan ditutup oleh Ketua Badan Penerangan Ustaz Faizzuddin Ghazali.

Program yang mengambil masa setengah hari ini bermula selepas solat zohor dan berakhir sebelum solat maghrib, antara pengisian pada hari tersebut adalah slot Talkshow penerangan halatuju taakhi yang disampai oleh wakil PMRAM ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin (Naib Presiden I), wakil BKAN ustaz Mohd Hanif Haron (penasihat P.Pinang) serta wakil DPM ustazah Rabia'tul hazirah (pengerusi DPMI), kemudian pimpinan diisi dengan slot who wants to be a taakhi yang menguji kekuatan ukhuwah antara pimpinan taakhi, serta berakhir dengan jamuan.














atas-(Barisan Kepimpinan AJKT taakhi Zon b)
bawah-(Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM pusat,
Ydp BKAN taakhi dan Pengerusi DPM)


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]