Bulan Rejab Sejarah dan Fadhilatnya


Bulan Rejab antara bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Catatan sejarah bulan Rejab:

1- Berlakunya peristiwa Israk dan Mi’raj pada 27 rejab tahun ke 11 kerasulam Nabi Muhammad S.A.W menurut Jumhur Ulama’.

2- Solat 5 waktu di syariatkan dalam peristiwa tersebut.

3- Berlakunya peperangan Tabuk iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W pada tahun 9 Hijrah.



Kelebihan bulan Rejab:

1- Sabda Nabi S.A.W: “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat” (Al-Hadith)

2- Sabda Nabi S.A.W.: “Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanKu, bulan Ramadhan bulan Umatku.”

3- Kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk dan Mi’rajnya, bulan Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban, dan bulan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

4- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi(Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadith)

**Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan bulan Rejab, apa yang penting di sini adalah kita beramal atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah semata-mata dalam beribadat.



Amalan bulan Rejab:

1- Memperbanyakkan berpuasa sunat di bulan mulia ini.

2- Solat-solat sunat selepas solat farhu, solat sunat dhuha, solat sunat tasbih.

3- Berdoa memohon keampunan dan taubat, meminta diterima amalan ibadat, meminta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diselamatkan dari api neraka.

4- Bersedekah dan berzikir (Lailahaillallah), membaca (allahu akbar)100 kali selepas solat subuh dan asar.

5- Berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 10 atau 100 kali.

6- Beristighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.

7- Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

8- Pada malam harinya pula memperbanyakkan solat sunat (Qiamullail) sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat Tahajjud.

**Begitu juga dengan amalan-amalan di bulan Rejab, tidak cukup dengan apa yang tersenarai disini malahan kita harus memperbanyakkan apa jua amal ibadat sunat dan zikir-zikir yang lain mengikut kadar kemampuan masing-masing.



Sahabat-sahabat sekalian, setahun sekali sahaja bulan Rejab mengunjungi kita. Layanilah bulan ini dengan penuh tadabbur dan sepenuh jiwa serta penuhi amalan-amalan sunat yang sewajarnya. Ia juga bulan persediaan bagi rohani kita sebelum bertemu dengan bulan Ramadhan.

Rejab bulan menabur benih. Syaaban bulan menyucikan hatinya. Ramadhan bulan menyucikan rohnya.


Di sediakan oleh:
Unit Biah Solehah,
Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan.
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2010/2011.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]