Kelahiran Baru Ahli BKAWM


KAHERAH, 4 JUN - Cahaya mata adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada semua pasangan yang berkahwin.

Ia juga merupakan nikmat dan anugerah yang terindah bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga atau lebih dikenali di Bumi Anbia ini Baitul Muslim.



Tahun ini merupakan tahun yang paling bahagia bagi pasangan saudara Mohd Fikry Bin Bostan dan saudari Maziah Binti Jalaluddin yang juga merupakan mantan Timb. Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2008/2009 kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nurhanisah Binti Mohd Fikry.

Cahaya mata yang comel ini dilahirkan pada 19 APRIL 2011 bertempat di Hospita Darul Ehsan Medical Center, Shah Alam Selangor.



Beratnya 2.96kg dan satu perkara yang unik semasa scan di Mesir 80% dikatakan jantina bayi adalah lelaki tetapi dilahirkan bayi perempuan, over due seminggu, namun dilahirkan secara normal.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan akan menyampaikan sumbangan kepada pasangan tersebut selepas peperiksaan berakhir.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]