Laungan Takbir & Pelancaran WIMAC Menggamit Suasana


DEWAN SRI PUTRA , 29 Ogos - Laungan takbir kembali bergema di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia meninggalkan umat islam yang begitu merindui bulan ini.

Selepas mendapat maklumat rasmi dari Presiden PMRAM mengenai esok (hari ini) raya, maka bergemalah laungan takbir selepas isyak iaitu menandakan hari kemenangan umat islam selepas mengharungi madrasah tarbiah (Ramadhan).

Selesai solat isyak, laungan takbir yang dialunkan dengan nyaring menggamit seluruh ARWP yang diketuai oleh saudara Mohd Haziq bin Haji Rosli.



Malam gema takbir diteruskan lagi dengan ucapan ringkas daripada BP Angkat BKAWM,saudara Ahmad Baihaki. Majlis diteruskan kembali dengan Perutusan Eidulfitri oleh Presiden PMRAM, saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Selain itu juga, video Komuniti Pelaksana RAUDHAH '11 ditayangkan kepada para ahli BKAWM.


Paling istimewa pada malam gema takbir kali ini ialah pelancaran Wilayah Multimedia Centre (WIMAC) yang dilancarkan oleh BP Angkat BKAWM serta persembahan nasyid oleh PARADISE .



Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada BP Angkat BKAWM, saudara Ahmad Baihaki serta SINAR RAUDHAH '11 iaitu saudara Mujahidin dan akhir sekali para tetamu menjamu juadah jamuan bubur lambok BKAWM yang disediakan oleh Unit Hospitaliti. Turut hadir HEWI Angkat BKAWM, saudari Siti Sarah binti Bushari.


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]