Penguasaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Pengantara.

Dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan mahupun pengajian islam di negara Mesir yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantara, saban hari kita berhadapan dengan pelbagai masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sini. Usaha untuk menguasainya merupakan sebuah nilai tambah yang sangat membantu.

Justeru, Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi kali ini telah menganjurkan sebuah kelas Bahasa Arab ‘Ammiyyah sebagai salah satu inisiatif untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa masyarakat tempatan dalam kalangan ahli.

Kelas telah dijalankan pada 28 November 2011, bertempat di Dewan Sri Putra, ARWP, jam 7.30 malam. Tenaga pengajar yang telah dijemput khas, Ustaz Abdul Malik bin Abdul Karim merupakan penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada ahli-ahli BKAWM sendiri. Semoga pengisisan-pengisian berbentuk kemahiran seperti ini dapat dijalankan lagi dalam melahirkan ahli-ahli yang cemerlang daripada segenap aspek, selaras dengan tema sesi ini, ‘Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan’.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]