Tabung Kebajikan - Susah Senang Kita Bersama


MANSURAH, 27 NOV - Walaupun keadaan situasi semasa negara Mesir tidak menentu, kebajikan ahli tetap di teruskan demi tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul. Hari ini pihak Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menyalurkan bantuan kepada ahlinya di Mansurah.

Saudara Mohd Firdaus bin Fuzi yang merupakan aktivis BKAWM juga Perwakilan Mahasiswa (PERMAS) bagi pengajian islam di sana menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan urusan pengkuliahan dan kos sara hidup beliau.

Sumbangan yang berbentuk kewangan itu telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan, saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah di rumah beliau tengahari tadi. Hasil sumbangan itu adalah daripada kutipan Tabung Kebajikan setiap ahli BKAWM.



Begitulah pentingnya Tabung Kebajikan yang diwujudkan pada sesi yang lepas yang bertujuan untuk membantu ahli-ahli BKAWM yang mempunyai masalah kewangan, sakit yang serius, bersalin dan sebagainya.

Sejurus daripada itu, kembara Mansurah berjalan semula dengan menziarahi ahli BKAWM di sana iaitu saudara Helmi bin Mazelan merangkap Ahli Jawantankuasa (AJKT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM).

Moga ziarah yang singkat ini akan menyatukan ukhuwah antara ahli dan pimpinan serta membawa kepada kesatuan yang utuh dan kukuh demi menjaga kebajikan dan kesinabungan BKAWM itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]