Kalam Pimpinan - Selamat Kembali Ke Kuliah


Bismillahirrahmanirrahim,
Infiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT,selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW,ahli keluarga,para sahabat dan umat yang menyambung mata rantai perjuangan baginda SAW.

Setelah bertungkus lumus selama sebulan bertarung dalam peperiksaan fasa 1 yang lalu,kemudian tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tidak kira samada pelajar jurusan pengajian Islam atau jurusan sains kesihatan diseluruh Mesir iaitu “winter break”. Umumnya pada 27 Januari sehingga 11 Febuari 2012.

Sepanjang cuti musim sejuk yang lalu,BKAWM telah merangka beberapa aktiviti menarik bagi mengisi masa cuti yang ada. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Egypt Exploration ke Iskandariah anjuran Unit Perumahan dan Rehlah.Jaulah tersebut telah diadakan pada 7 Februari bagi siswi dan 9 Februari bagi siswa.Jaulah ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan melalui jaulah ini,pihak penganjur membawa peserta menelusuri sejarah Iskandariah dengan melawati tempat-tempat bersejarah di sana.

Selain itu,BKAWM di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan pula menguruskan pengangkutan untuk ke kelas pengajian di Muqattam setiap hari selepas Subuh sepanjang cuti musim sejuk dan menganjurkan kelas tahsin al-Quran percuma kepada semua ahli dan akan berterusan pada setiap minggu. UPEP juga turut membantu menguruskan kelas pengajian Madrasah Imam Syafi’ie dan Madrasah Saidatina Aisyah anjuran PMRAM.

Manakala bagi menghayati sirah Rasulullah SAW sempena sambutan Maulidur Rasul,Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM pula menganjurkan majlis bacaan hadis terpilih daripada kitab as-Syamail al-Muhammadiah oleh Ustaz Muhammad Nazrul Bin Nasir.Dalam majlis itu juga pasukan qasidah BKAWM telah mengalunkan beberapa qasidah yang memuji-muji Rasul junjungan.

Bersesuaian dengan usul ke 3 Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas, iaitu “Memperkasakan peranan PERMAS”, AJKT dan HEWI BKAWM akan mengadakan jaulah pimpinan ke cawangan. Antara cawangan yang akan dilawati ialah Mansoura, Tanta, Iskandariah, dan Zaqazig.Jaulah ini bertujuan untuk menyatukan ukhuwah antara pimpinan dan ahli di cawangan,mendengar permasalahan atau cadangan penambahbaikkan dan mempromosikan program BKAWM yang akan datang.

Program-program yang telah dijalankan membuktikan bahawa BKAWM sepanjang cuti musim sejuk yang lalu sangat optimis merangka pelbagai pengisian berbentuk pencernaan rohani dan jasmani disamping menerapkan nilai-nilai ukhuwah,kesatuan dan kebajikan,sesuai dengan visi BKAWM pada sesi ini iaitu “Kesatuan,Kebajikan,Kecemerlangan”.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radiallhu ‘anhuma dia berkata; Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Dua nikmat yang sering manusia lupa adalah kesihatan dan waktu lapang. Semoga cuti musim sejuk yang lalu telah kita manfaatkan sebaiknya untuk mencari redha ALLAH.
Akhir kata, nantikan Wilayah Family Day (WIFI`12) yang akan berlangsung pada bulan Mac akan datang dan selamat memasuki fasa 2 pengkuliahan tahun ini dengan lebih berwawasan.
Wallahua’lam.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Zahidah Izzati Binti Mohd Johari
Timbalan Unit Perumahan Dan Rehlah
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2011/2012.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]