MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013
MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN AHLI JAWATAKUASA TADBIR BKAWM SESI 2012/2013
Adalah
dimaklumkan bahawa ;
Pihak
BKAWM telah menerima surat perletakan jawatan daripada Saudari Zahidah
Izzati binti Mohd Johari di atas sebab-sebab yang tertentu. Setelah dibincangkan
dalam Mesyuarat AJKT yang lalu, mesyuarat bersetuju menerima perletakan jawatan
tersebut.
Berdasarkan
Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16 (5) menyebut:
“Sekiranya
seorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta
berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa
jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan
melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi
kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agung Khas.”
Sehubungan
dengan itu, pihak AJKT telah melantik Saudari Nurul Izzah binti Zaharullai
dengan no. keahlian BKAWM 734 bagi menggantikan beliau.
Maklumat
berkenaan jawatan baru AJKT BKAWM bagi sesi ini adalah seperti berikut:
1.
Timbalan Bendahari Agung (Unit Ekonomi) :
Ayeshah binti Awallul Azmi
2.
Timbalan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan : Nurul Izzah binti Zaharullai
Pertukaran
jawatan ini berkuat kuasa bermula 01 Disember 2012.
Sebarang
permasalahan berkenaan jawatan tersebut bolehlah terus menghubungi pihak yang
berkaitan yang telah dilantik.
Sekian
dimaklumkan,
“Keunggulan
Sahsiah Wasilah Keilmuan”
Jabatan
Setiausaha Agung,
Badan
Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2012/2013
Comments
Post a Comment