Sambutan Nisfu Syaaban dan Iftar Mahabbah
Kaherah, 27 Jun - Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Sambutan Malam Nisfu Syaaban sempena meraikan hari kebesaran Islam tersebut. Sambutan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan.
Majlis bermula selepas solat Maghrib, dimulai dengan alunan qasidah memuji baginda Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Saudara Ahmad Bushra bin Muhamad Salleh, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS).
Seterusnya, majlis diteruskan dengan tazkirah Nisfu Syaaban yang disampaikan oleh Saudari Nurul Syahidah binti Hamzah, Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Antara pengisian menarik yang telah disampaikan ialah 3 hikmah puasa yang merangkumi aspek kesabaran:
1) Sabar atas ketaatan kepada Allah.
2) Sabar menjauhi laranganNya.
3) Sabar atas takdir Allah.
Seterusnya, Iftar Mahabbah telah dianjurkan pada keesokan harinya. Selain memberi galakan untuk berpuasa, iftar juga dapat mengeratkan persaudaraan dan ukhuwah sesama kita.
Semoga dengan penganjuran sambutan meraikan hari-hari kebesaran seperti ini akan dapat meningkatkan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah serta mencapai redaNya.
'BKAWM Keluarga Kita'
'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'

Comments
Post a Comment