BKAWM Bermunajat Sempena Ulang Tahun ke-15

KAHERAH, 21 Oktober 2013 - Sambutan Ulang Tahun Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) merupakan majlis yang saban tahun diadakan bagi meraikan penubuhannya, iaitu pada 19 Oktober 1998. Justeru, pada 19 Oktober yang lalu, BKAWM telah menganjurkan Malam Munajat bersempena Sambutan Ulang Tahun BKAWM Kali ke-15.

BKAWM merupakan sebuah badan yang telah ditubuhkan sebagai sebuah medium bagi menyatukan suara dan fikrah anak-anak Wilayah Persekutuan, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada 19 Oktober 1998, secara rasminya BKAWM telah ditubuhkan di Dewan Syeikh Syarawi, Rumah Perak dan dipengerusikan oleh Saudara Aminurrasyid bin Yatiban, pemangku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ketika itu.

Sebagai sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), BKAWM adalah antara yang termuda dalam kalangan BKAN-BKAN yang lain. Namun, ini bukanlah penghalang bagi BKAWM bagi menunjukkan prestasi yang cemerlang serta mempamerkan kemampuannya sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menyalurkan kebajikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan.

Bersempena Ulang Tahun BKAWM Kali ke-15 pada 19 Oktober yang lalu, Malam Munajat telah dianjurkan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat secara berjemaah, memohon agar kesatuan ini dipelihara dan sentiasa mendapat reda dan rahmat daripada Allah SWT.

Majlis diteruskan dengan alunan qasidah memuji Nabi Muhammad SAW, yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh, selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan.

Berikutnya, Tazkirah Haraki telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Qutaibah bin Mohamed, selaku Bendahari Kehormat, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013. Pengisian yang disampaikan sangat menarik dan membuka minda.

Malam Munajat bersempena Ulang Tahun BKAWM Kali ke-15 diakhiri dengan jamuan selepas solat Isyak berjemaah.

'Sentiasa Utuh Bersama...'

'BKAWM Keluarga Kita'
'KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN'

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]