Jaulah ke Abu Ela’, Persiapan Menghadapi Musim Sejuk dan Mengeratkan Ukhuwah Ahli.

KAHERAH, 2 Oktober 2014 - Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Jaulah ke Abu Ela’ sempena musim sejuk yang bakal tiba.  Seramai 5 siswa dan 26 siswi telah menyertai jaulah ini yang telah disertai oleh mahasiwi yang baru sahaja sampai ke bumi kinanah ini.

 Para peserta begitu teruja dengan jaulah ini terutama mahasiswi yang baru itu kerana musim sejuk yang bakal tiba merupakan pengalaman pertama mereka untuk mempersiapkan diri menghadapi musim sejuk dengan membeli baju sejuk di Abu Ela'. Pada jam 9 malam, rombongan jaulah selamat tiba di Abu Ela’ dengan menaiki dua tremco yang telah disediakan . Peserta rombongan dikumpulkan terlebih dahulu untuk diberikan sedikit taklimat ringkas sebelum bergerak ke Abu Ela' dengan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Para peserta hanya diberikan peruntukan masa selama 1 jam 30 minit untuk membeli-belah di Abu Ela’. Kelihatan para peserta begitu rancak bermuamalat dengan peniaga-peniaga arab dengan dibimbing oleh musyrifah yang sudah lama berada di Mesir. Perkara ini amat baik terutama kepada mahasiswi yang baru kerana mereka dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain sert



a belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa arab ketika bermuamalat dengan peniaga-peniaga arab. Pada jam 10.30 malam, para peserta berkumpul semula lalu bergerak pulang ke Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Mesir.

Harapan agar program Jaulah ke Abu Ela’ ini bukan sahaja dapat membantu ahli dalam menghadapi musim sejuk bahkan dapat juga mengeratkan ukhuwah antara ahli. Moga program-program khidmat kepada ahli seperti ini dapat diteruskan untuk sesi-sesi akan datang.

"BKAWM Keluarga Kita"
"Satu Fikrah Satu Amal"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]