Majlis Perasmian IHTIRAM '15: Menyambut Ramadan yang Dinantikan

KAHERAH, 30 Jun – Sebuah majlis perasmian telah diadakan pada 18 Jun yang lalu di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) bagi membuka tirai Program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2015 (IHTIRAM’15) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM).


Majlis yang dihadiri oleh ahli BKAWM sekitar Kaherah dan beberapa cawangan lain seperti Shoubra dan Mansurah ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah IHTIRAM’15, Saudari Nurul Hannah binti Kushairi serta Yang Dipertua BKAWM, Saudara Muhammad Yasin bin Awang.

Dalam ucapan aluan Yang Dipertua BKAWM, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan PPMM bagi menjayakan sambutan Ramadan pada tahun ini. Selari dengan tema pembawaan dan misi BKAWM pada sesi ini iaitu “Membina identiti mahasiswa Islam”, beliau juga mengajak semua tetamu yang hadir untuk menghayati dan mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan dan menggunakan waktu sebaik mungkin dalam bulan mulia ini.


Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Haji Ahmad Yahya bin Mohd Haniff. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dapat menyambut Ramadan di bumi Mesir dalam suasana yang meriah.
“Kita sepatutnya berasa bertuah kerana dapat menyambut Ramadan di sini kerana ianya tidak tercemar kemuliaannya seperti di Malaysia. Di Malaysia apabila bermulanya Ramadan, pusat-pusat membeli belah sudah mula memutarkan lagu-lagu raya. Tiada penghayatan Ramadan di situ”, katanya. Beliau juga berpesan kepada tetamu yang hadir agar meningkatkan amalan di bulan Ramadan ini kerana dalam bulan ini pahala amalan sunat digandakan menjadi pahala amalan wajib.


Program Ihya’ Tarbawi Ramadan kali ini yang bertemakan “Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan” memfokuskan beberapa objektif, antaranya menghidupkan dan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan serta memperkasakan ilmu dan pengetahuan sejarah dalam kalangan ahli. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung dan akan dijalankan bagi menghidupkan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Jangan ketinggalan untuk menyertainya.

“Penghayatan Ramadan Membentuk Jati Diri Insan”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
BKAWM Keluarga Kita


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]