KEPULANGAN DUA PERMATA BKAWM
KAHERAH, 28 Januari 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan
dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi
2015/2016 telah mengadakan Majlis Wida’ bersempena kepulangan permata BKAWM,
iaitu saudari Norhazirah binti Mat Basri dan saudara Muhammad Syazwan Syamil
bin Mohd Razman ke tanah air tercinta. Majlis secara sederhana telah diadakan
di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ARWP sejurus selepas
penyampaian tazkirah khas mereka masing-masing pada 18 Disember 2015 dan 8
Januari 2016.
Majlis serba ringkas itu dimulakan dengan ucapan nasihat dan kalam
taujihat kepada seluruh hadirin yang hadir. Antara pesanan mereka secara
umumnya adalah manfaatkanlah sepenuhnya peluang keberadaan kita di bumi Mesir
dengan mengutip taburan ilmu yang sentiasa terbuka luas kepada penuntutnya dan
sentiasalah menjaga hak-hak antara satu dengan yang lain. Majlis diakhiri
dengan sedikit tayangan video perpisahan dan penyampaian cenderahati
kenang-kenangan.
Badan
Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM turut mengiringi kepulangan
mereka ke Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada 21 Disember 2015 dan 9 Januari
2016. Saudari Norhazirah pernah memegang jawatan sebagai Fasilitator BKAWM sesi
2014/2015 manakala Saudara Muhammad Syazwan Syamil pula sebagai Yang Dipertua
BKAWM sesi 2013/2014. Masing-masing antara mereka banyak menyumbangkan jasa dan
bakti yang tersendiri untuk memastikan kelancaran gerakan BKAWM itu sendiri.
Mereka juga merupakan tempat rujukan ahli mahupun pimpinan BKAWM itu sendiri
dalam mendepani pelbagai permasalahan anak-anak Wilayah Persekutuan di bumi
Mesir. Semoga segala jasa mereka diterima sebagai amal di sisi Allah SWT.
Seluruh
pimpinan dan ahli BKAWM mendoakan mereka agar sentiasa berada di bawah payung
rahmat Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Semoga terus maju dan
cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi serta terus istiqamah dalam
melaksanakan gerak kerja sebagai muslim di mana jua berada dan diganjarkan dengan
syurga.
"Memperkasa kefahaman, Meneguh kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment