HARI MAKTABAH
Di
samping itu, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan semasa Hari Maktabah
ini. Antaranya ialah penerangan asas tentang buku-buku (kitab-kitab) yang
terdapat di dalam maktabah yang telah disampaikan oleh saudara Muhammad Umar
bin Malcolm bagi siswa dan saudari Sahilah binti Mad Isa bagi siswi untuk kitab
pengajian Islam dan saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini bagi siswa dan saudari
Nurzuliana binti Zulkarnain bagi siswi untuk kitab pengajian perubatan.
Seterusnya,
diadakan pula aktiviti debat di kalangan ahli yang bertujuan untuk menambahkan
pengetahuan ahli tentang isu semasa yang berlaku di tanah air kita. Aktiviti
debat ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli BKAWM yang tidak gentar dan
lantang bercakap di hadapan khalayak ramai. Johan bagi pertandingan debat ala
parlimen sempena Hari Maktabah ini ialah kumpulan Bilik 602 siswa dan kumpulan
Tingkat 5 siswi. Bagi pendebat terbaik pula bagi siswa ialah Ahmad Munawar bin
Ahmad Wardi manakala bagi siswi pula ialah Alia Yasirah binti Sabri.
Pihak
BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli
yang terus bersama-sama mndukung BKAWM sama ada dalam senang mahupun susah.
Semoga setiap penat lelah yang kita hadapi bersama mendapat keberkatan dan diterima
di sisi-Nya. Bersama Bersatu! BKAWM Keluarga Kita!
"Memperkasa
Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment