[ BERITA: MERDEKA '16 ]



KAHERAH, 5 September 2016 - Tanggal 31 Ogos merupakan hari kemerdekaan Malaysia dan saban tahun disambut dengan meriah oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sehubungan dengan itu, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2015/2016 telah menganjurkan sebuah program sambutan kemerdekaan iaitu MERDEKA '16 yang bertemakan "Untukmu Malaysia" pada 26, 27 Ogos dan 1 September 2016 yang lalu.


   Program selama tiga hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli Wilayah Persekutuan yang berada di Perlembahan Nil untuk sama-sama menyambut hari kemerdekaan di samping menambahkan kecintaan kepada negara Malaysia dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara yang bekerja keras dalam membebaskan negara dari cengkaman penjajah.


   Pada hari pertama, program dimulakan dengan aktiviti 'indoor' yang dilaksanakan secara berkumpulan. Pelbagai acara menarik yang dipertandingkan. Antaranya ialah melukis, 'word search', teka lagu kemerdekaan, teka tokoh, chess dan bowling botol. Pada hari kedua, program diteruskan dengan aktiviti 'outdoor' iaitu pertandingan bola jaring yang diadakan di padang Nadi Zahra, Hayyu Asyir untuk siswi. Manakala di sebelah siswa pula diadakan pertandingan futsal di Nadi Syabab, Hayyu Sadis.


   Pada 1 September 2016 (Khamis) telah diadakan Serambi Merdeka dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Perumahan BKAWM sesi 2015/2016. Antara aktiviti pada malam tersebut ialah bicara kemerdekaan dengan tajuk "Erti Kemerdekaan" yang disampaikan oleh Saudara Imran bin Kasran, Jabatan Pembangunan Insan merangkap Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN 2016/2017, persembahan kebudayaan daripada siswa, persembahan daripada kumpulan Paradise, majlis penyampaian hadiah, majlis penutup dan diakhiri dengan sedikit jamuan.


   Semoga dengan adanya program ini dapat mengisi masa ahli dengan perkara yang bermanfaat sepanjang cuti semester musim panas sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk sama-sama menghayati kemerdekaan negara kita, Malaysia dan mendapat Reda Allah SWT.


"Untukmu Malaysia"
"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]