[ BERITA: JAULAH AULIYA' KAHERAH ]
KAHERAH, 9 DISEMBER 2016-
Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan program ziarah
maqam sekitar Kaherah yang diberi nama Jejak Auliya’ Kaherah 16. Program ini diadakan
bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan kepada ahli BKAWM tentang
maqam-maqam auliya’ dan ulama yang terdapat di sekitar Kaherah itu sendiri. Di samping
itu dapat mengetahui sejarah dan kisah-kisah perjalanan hidup para auliya’
tersebut, progam ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli serta
menghilangkan tekanan yang dihadapi menjelang peperiksaan fasa pertama tidak
lama lagi.
Program
mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan (ARWP). Sepanjang perjalanan,
para peserta diberikan sedikit taklimat dan penerangan ringkas berkenaan dengan
perjalanan program serta hukum-hukum tentang ziarah maqam oleh Saudara Subki Zakaria
untuk sesi siswa, dan Saudara Muhammad Abdul Hadi Ismut untuk sesi siswi. Antara
maqam-maqam yang sempat untuk diziarahi pada sesi kali ini adalah:-
1)
Maqam Syeikh Soleh al-Ja’fari
2)
Maqam Wali Soghir
3)
Maqam Ibnu Attoillah as-Sakandary
4)
Maqam Imam Sya’rani
5)
Maqam Sultan Hanafi
6)
Maqam Imam Laithi
7)
Maqam Imam Ibnu Hisyam
8)
Maqam Sayyidah Nafisah
9)
Maqam Sayyidah Zainab
10)
Maqam-maqam sekitar Babul Futuh dan Babul
Syi’riyyah serta Jabal Muqottom
Setiap maqam yang
diziarahi, peserta akan diberikan taklimat dan sejarah ringkas mengenai
perjalanan hidup dan kesungguhan pemilik maqam itu sendiri, oleh mushrif
penerangan yang bertugas. Banyak ilmu serta input-input sejarah yang menarik,
boleh peserta jadikan sebagai ilmu dan teladan pada masa akan datang.
Pihak
program berharap semoga aktiviti ziarah maqam pada kali ini dapat memberi
manfaat dan pengalaman baru kepada para peserta serta dapat mengikat hati
anak-anak Wilayah Persekutuan di Perlembahan Nil dan dipayungi rahmat Allah
SWT.
”Menjejak Warisan,
Menelusuri Teladan”
"Munjulang
Thaqafah, Melestarikan Kesatuan”
"BKAWM Keluarga
Kita"
"Bersama
Bersatu"
“Satu Fikrah Satu
Amal”
Comments
Post a Comment