[BERITA: BKAWM MERENTAS BENUA MENAWAN PUNCAK SINAI]

KAHERAH, 16 Februari 2017- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017, dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telahpun mengadakan jaulah sempena cuti musim sejuk ke Sinai, Mesir pada 6-8 Februari bagi siswi dan 11-13 Februari bagi siswa. Menariknya, jaulah yang diberi nama 'Kembara Sinai '17' ini merupakan jaulah kali pertama BKAWM ke Sinai sepanjang penubuhannya sejak tahun 1998.




Rombongan yang disertai hampir 40 orang peserta daripada ahli BKAWM sendiri, dan seorang wakil daripada PPMM bermula seawal jam 4:30 pagi telah bergerak ke perhentian pertama di Noktah Hasanah untuk menunaikan Solat Subuh seterusnya melalui Terowong Ahmad Hamdi untuk merentas benua Afrika dan Asia. Sebelum tiba di tempat penginapan, para peserta terlebih dahulu dibawa melawati Kubu Barlief iaitu Kubu peninggalan tentera Israel suatu ketika dahulu, dan juga Uyyun Nabi Musa yang merupakan tempat terpancarnya 12 mata air Nabi Musa.


Setelah tiba di tempat penginapan, peserta dibawa menaiki Wadi Arbain bagi sesi pemanas badan sebagai persediaan mendaki puncak Gunung Sinai pada tengah malam. Sekitar jam 5:30 pagi keesokan hari, peserta kesemuanya telah berada di puncak untuk menunaikan solat subuh dan menikmati panorama matahari terbit. Selesai aktiviti pendakian, rombongan BKAWM singgah sebentar menziarahi Perkampungan Nabi Ilyas AS, Maqam Nabi Harun AS dan melawat Batu Kesan Lembu Samiri.

Para peserta kemudiannya dibawa menziarahi Maqam Nabi Soleh AS, dan terus ke Pantai Awam Dahab untuk menunaikan solat dan makan tengahari. Para peserta juga sempat mengambil kesempatan berenang dan beriadah ketika di pantai. Di sebelah malam, peserta-peserta bebas bersiar-siar di sekitar kawasan penginapan dan menikmati makanan laut di kedai-kedai berhampiran.


Kembara Sinai '17 meneruskan aktiviti pada hari terakhir di Dahab seawal jam 3.00 pagi bagi siswi dan 7.00 pagi bagi siswa dengan aktiviti menunggang ATV Quad Bike di sekitar Dahab dan disusuli aktiviti menaiki Glass Boat bagi siswi dan Snorkeling di kawasan Blue Hole bagi siswa.

Pada sebelah petang, peserta bergerak pulang ke Kaherah dan tiba di Hayyu Sabik pada awal pagi keesokan harinya.

Pihak Jawatankuasa Pelaksana Program mengharapkan semua peserta dapat mengambil ibrah seberapa banyak yang boleh supaya dapat dijadikan pedoman dan teladan dalam membangun ummah pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD MUAZUL AMIN BIN MOHD ADLAN
Setiausaha Kembara Sinai '17,
BKAWM sesi 2016/2017




"Jelajah Alam, Menjalin Ukhuwah"
"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]