[RISALAH BIAH SOLEHAH: INDAHNYA UKHUWAH ISLAMIAH]



Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (HR Muslim)

Makna Ukhuwah Islamiah menurut Imam Hasan al-Banna adalah keterikatan hati dan jiwa antara insan  dengan ikatan aqidah. Ukhuwah merupakan salah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi tunjang masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW,
Pertama, kekuatan iman dan aqidah.
Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati.
Ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.

Dengan tiga kekuatan ini, Rasulullah SAW berjaya membangun dan memperluas Islam, mengangkat tinggi bendera tauhid, dan menyebarkan Islam di muka dunia kurang dari setengah abad.
Oleh yang demikian, hal-hal yang menguatkan Ukhuwah Islamiah ialah:

1. Memberitahu kecintaan pada seseorang yang kita cintai. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ  قَالَ
((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ]))

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda:
 “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai saudaranya sama seperi apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”.
 [HR al-Bukhari dan Muslim]

2. Memohon didoakan bila berpisah.
Umar Ibnu al-Khattab RA meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah SAW untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.” Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman apabila berjumpa.
Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” (Riwayat Muslim)

4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali bukan mahram)
Rasulullah SAW bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

5. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu.
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.”
(Riwayat Malik)

6. Saling bersilaturrahim (mengunjungi saudara)
Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

7. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya

8. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya.
Rasulullah SAW menerangkan:


“Tiap orang Mu'min telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

i . Iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
ii. Menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
iii. Menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
iv. Mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
v. Menziarahinya ketika sakit,
vi. Mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
vii. Tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.

(Riwayat Ibnu Babawaih)

Justeru, para pejuang Islam yang berjihad di atas jalan Allah sewajarnya menguatkan dan memantapkan ukhuwah sesama muslim demi menjaga kemaslahatan individu, masyarakat, negara dan agama.

Sebagaimana firman Allah SWT,

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى  شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu karena nikmat Allah, menjadilah kamu orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Ali Imran/3: ayat 103]

Nukilan: Nur Syafiqah binti Roslan
Timbalan Unit Biah Solehah, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, BKAWM sesi 16/17

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]