[ISU SEMASA : MUSLIM DI ROHINGYA CEDERA]

30 Ogos 2017, Myanmar -  Hasil data daripada satelit menunjukkan kawasan api marak di sekitar Wilayah Rakhine sekurang-kurangnya 10 kawasan berikutan aktiviti ketenteraan keatas populasi muslim Rohingya di negara itu.

Para aktivis dan penduduk menuduh pihak tentera menembak secara rambang kepada penduduk Rohingya yang tidak bersenjata dan mencetuskan kebakaran dengan sengaja.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar menyatakan bahawa "pengganas ekstremis" yang telah menyebabkan kebakaran tersebut hasil daripads pertempuran dengan pihak tentera.

Di pihak yang lain pula, pada selasa lepas Perdana Menteri Thailand mengatakan negaranya bersedia menerima pelarian Rohingya.

Setiap yang berlaku adalah ujian daripada  Allah kepada mereka yang mengalaminya, dan satu pengajaran bagi mereka yang melihat. Kita hendaklah sentiasa mengeratkan sifat ukhuwah sesama muslim dan berilah bantuan semampunya walau hanya dengan setulus doa.

Disediakan oleh,
Unit Wilayah Multimedia Centre (WIMAC)
Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]