[ BERITA: HARI GRADUASI DAN KECEMERLANGAN 2018 (GRAND ’18) ]
KAHERAH, 7 Oktober 2018, - Program Hari Graduasi dan Kecemerlangan 2018 (GRAND ’18) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Limas, Hayyu Asyir. Program ini telah berlangsung dari jam 3.30 petang sehingga 9.30 malam. Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini terdiri daripada 19 orang.
Antara objektif penting GRAND ’18 ialah memberi penghargaan kepada ahli yang komited dengan BKAWM dan cemerlang dalam akademik, serta meribat kesatuan antara ahli BKAWM. Program
GRAND ’18 telah dimulakan dengan Majlis Perasmian GRAND ’18 yang dirasmikan oleh saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib, Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018. Majlis diserikan lagi dengan Kalam Tausiyah oleh Syeikh Islam bin Majdi Hilal. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada ahli-ahli BKAWM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini, sama ada dari jurusan pengajian Islam mahupun perubatan dan disusuli dengan anugerah bagi mereka yang telah berjaya menamatkan pelajaran di Mesir.
Seusai solat fardu isyak, majlis diteruskan lagi dengan slot Malam Apresiasi Budi, iaitu anugerah penghargaan kepada ahli-ahli yang komited dengan BKAWM. Seterusnya, majlis dimeriahkan dengan persembahan nasyid, tayangan video serta sambutan hari lahir bagi bulan September dan Oktober.
Disediakan oleh:
Muhammad Aizat bin Ahmad Lutfi,
Setiausaha,
Hari Graduasi dan Kecemerlangan 2018 (GRAND ’18) BKAWM sesi 2017/2018
“Mahasiswa Cemerlang, Kepimpinan Terbilang”
“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”
Comments
Post a Comment