[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2018/2019 ]



[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2018/2019 ]

KAHERAH, 23 Oktober 2018 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Amirul Arif bin Shukri selaku Setiausaha Agung BKAWM sesi 2018/2019. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib selaku Mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi sesi 2017/2018.




Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) diikuti dengan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP). Seterusnya Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA) merangkap Unit Ekonomi (UE), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya, beralih kepada Yang Dipertua (YDP) dan Penasihat AJKT HEWI sesi 2018/2019. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan AJKT di sebelah siswa dan diakhiri dengan HEWI.


  Majlis diakhiri dengan ucapan saudara Muhammad Aiman bin Md Rashid selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2018/2019.


Disediakan oleh:
Muhammad Zuhairi bin Khairil Ariffin,
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2018/2019


“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]