[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]



25 April 2019: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang kedua iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2018/2019 akan bermula pada bulan Mei 2019. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 25 April 2019.

Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir.

Pihak BKAWM mengharapkan agar seluruh mahasiswa Wilayah Persekutuan di bumi Mesir ini dapat memanfaatkan masa dan ruang waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin bagi melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.


Luqman Hakim bin Haji Kamaruddin,
Timbalan Yang Dipertua,
Merangkap Ketua Lajnah Perancang,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019.

"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]