[ KALAM PIMPINAN: USWAH HASANAH ]
[ KALAM PIMPINAN: USWAH HASANAH ] الحمد للّه رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Allah masih rezekikan kita nikmat hidup pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat perjuangan baginda, dapat lagi kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah, pada kali ini Allah mengizinkan saya untuk berkongsi dengan para pembaca tentang satu tajuk yang seringkali kita dengar iaitu Uswah Hasanah. Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 21: { لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا } Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut